skbm1006.zoom-a.com

LENCANA-1.bmp

SK BATANG MELAKA
77550 Jasin, Melaka. Tel/Fax : 064461570
e-mel : mba1006@ppdjasin.edu.my
c


LAMAN UTAMA
KATA ALU-ALUAN
SEJARAH
FALSAFAH PENDIDIKAN
LOGO SEKOLAH
VISI & MISI
LAGU SEKOLAH
STAF AKADEMIK
STAF SOKONGAN
KEPUTUSAN UPSR
AKTIVITI
PAUTAN
SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sekolah Kebangsaan Batang Melaka adalah sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak berhampiran dengan pekan kecil iaitu Pekan Batang Melaka .Ianya merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan .Jarak sekolah ini dari Bandar Melaka ialah 50 km .Keluasan keseluruhan kawasan sekolah ini ialah 2 ekar 2 rod 24 pol .Pada asal penubuhannya ia dikenali sebagai Sekolah Melayu Batang Melaka. Bangunan sekolah ini mula dibina dalam tahun 1885 oleh masyarakat setempat .Penubuhannya adalah sejajar dengan keperihatinan dan kesedaran akan kepentingan ilmu yang sememangnya telah wujud di kalangan penduduk Melayu ketika itu .Diawal penubuhannya hanyalah merupakan sebuah bangunan kayu yang mempunyai dua buah bilik darjah berukuran 54 kaki x 23.5 kaki .
Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

 Oleh kerana adanya penambahan pelajar maka bangunan tambahan dibina pada 5 Jun 1964 dan merupakan bangunan separuh kekal (JKR 2042) .Ia mempunyai 2 buah bilik darjah , sebuah pejabat Guru Besar dan sebuah setor yang kini telah diubahsuai menjadi Pusat Sumber , Bilik Guru dan Perpustakaan Sekolah .Apabila penambahan pelajar terus berlaku maka sebuah bangunan baru telah dibina(JKR 2043) pada 11 Ogos 1972 . Bangunan kayu yang sedia ada telah dirobohkan bagi tujuan tersebut .Bangunan baru ini terdiri daripada 6 buah bilik darjah , pejabat , dua buah bilik air , sebuah setor dan sebuah kantin .


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: